Sunday, May 10, 2020

Siapa yang ketuk tu?

Assalamualaikum and hai guys... 
     Kisah nih actually kisah benar aku masa duduk kat asrama. Masa nih aku masih sekolah menengah lagi. Cerita dia macam ni... 
     Ada satu malam nih asrama kitorang nak buat satu aktiviti yg dipanggil 'Pagar Dorm'. Aku tak sure kalau sekolah lain buat ke tak benda nih. Pagar dorm nih dah macam jadi tradisi kat sekolah aku. Setiap tahun kitorang akan buat. Tapi selepas tahun tuh, kitorang dh tak buat.... 
     Cara nak pagar dorm nih kitorang akan kumpul beramai ramai dalam satu dorm dan kitorang tak dibenarkan sama sekali berkeliaran di luar blok melainkan org yg akan membaca ayat ayat ruqyah dekat bilik interaksi. Org yg baca tuh akan gunakan mic so satu asrama akan ikut bacaan tersebut. 
     Nak dijadikan cerita, kitorang satu dorm ada nak dekat 20 org. And kitorang dibahagikan oleh ketua dorm untuk baca ayat² ruqyah di setiap sudut dorm. Ada yg kena baca kat bucu belakang, ada yg kena baca kat bucu depan. 
     Lupa pulak aku nk bagitau yg benda nih berlaku masa aku form 2. So kiranya aku pernah lah buat aktiviti nih. Ketua dorm(kd) aku letak aku dengan kawan aku yang lagi sorang (kita panggil dia Bie je). Bie nih merupakan second intake masa f1 dulu so dia x biasa dgn semua bnda nih. Sbb tuh kd aku letakkan aku dgn dia. Aku x kesah pon sbb dia kawan baik aku. 
     Dan kitorang diletakkan di bucu dorm bahagian belakang yg berhampiran dengan tingkap. And aku nk bagitahu yg dorm aku nih duduk kat second floor. Then, bermulalah acara 'pemagaran dorm'. 
     Dimulakan dgn bacaan al Fatihah then sambung dgn ayat ayat lain macam ayat qursi dan potongan ayat quran yg lain. Tengah aku ngan Bie nih khusyuk baca ayat ayat suci tuh, TIBA² TUK TUK TUK!! Ada bunyi orang ketuk tingkap dekat sebelah kitorang!! Ya Allah!! Memanglah tak pelik kalau orang luar koridor ketuk tingkap kitorang, masalahnya sekarang aku ngan Bie duduk dekat bahagian tingkap yg TAKDE LALUAN KAT TEPI YG MENGHADAP TEMPAT JEMUR BAJU!! DAHLAH NIH TINGKAT DUA! 
     Aku ngan Bie mmg kecut perut x yah citerlah. Kitorang mmg x berpaling pon ke arah tingkap and terus smbg bacaan. Kalau nak kata ada org tgh guna tukul utk baiki apa² mmg mustahil giler. Sbbnya bunyi tuh mmg kitorang cam sgt tuh bunyi ketuk tingkap! And bunyi tuh mmg betul² kat tepi kitorang. 
     Lepas siap jer pagar dorm habis, kitorang tanya lah ahli dorm lain ada dgr apa² ke?  And korang tahu diorang jawab apa?? 
TAK ADA PON.... 
     Aku ngan Bie x puas hati so keesokkan harinya masa kat sekolah aku tanya classmates aku ada dgr tak bunyi orang ketuk tingkap or apa². Dan sekali lagi diorang cakap TAK ADA! 
     Aku ngan Bie just mampu berdiam and otak kitorang mmg ligat berfikir siapa yg ketuk masa tuh.....tapi kitorang anggap bnda tuh just nk bergurau ngan kitorang. 
     So pesanan aku utk korang ialah 'bnda' tuh mmg wujud sbb Allah pon dah berfirman dalam Al Quran. Apa yg penting ialah hati kita kena sentiasa berpaut pada Allah dan jangan berpaling dariNya. 
     Okeylah setakat nih je cerita aku and in sha Allah nanti kalau ada masa aku akan update lagi. 
      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......... 

Siapa yang ketuk tu?

Assalamualaikum and hai guys...       Kisah nih actually kisah benar aku masa duduk kat asrama. Masa nih aku masih sekolah menengah lagi. Ce...